Teispes dari Anshan

Teispes (dari Greek Τεΐσπης < Parsi Purba: 𐎨𐎡𐏁𐎱𐎡𐏁[1] Cišpiš[2]) hidup pada tahun 675 - 640 BCE. Beliau adalah anak lelaki kepada Achaemenes dan moyang kepada Cyrus Agung.[3] Terdapat bukti bahawa kedua-dua Cyrus I dan Ariaramnes adalah anak beliau.[3] Cyrus I merupakan datuk kepada Cyrus Agung, Ariaramnes pula adalah moyang kepada Darius Agung. Berdasarkan dokumen pada kurun ke-7 SM, beliau menawan kota Elamite dari Anshan selepas bebas dari kekuasaan Median, dan mengembangkan kerajaan kecil beliau. Kerajaan beliau merupakan sebuah negeri lindungan Elamite. Beliau digantikan oleh anak lelaki kedua beliau, Cyrus I.[3]